Tuesday, September 29, 2009

LIFE IS A PREFECT DRAMA



Life is a drama and the drama is prefect
You are a part of light
Forget trouble and remember God
The best way out of difficulty is trough it,
Grace and beauty a gift from God
Beauty and God are together
Each day has a hidden secret
Silance givens calm to the soul.
Be kind.........
Experiance God.....you need nothing else
Flower are sweetness and beauty,
The secret of contentment in the relization
That the life is a gift.
Faith is daring tie soul to go,
Beyond what the eyes can see.
One drop of love is an ocean in the desert,
We do not remembet days, we remember moments,
You are the light to the world
Never be proud to say I'm sorry
Patiance.....
People may dout what you say,
But they will always belives what you do,
Light....the part of the darkness
Goods words are worth much but cost little,
Make the ocean of peace your constant companion.
Increace the light in your soul
We are all flowers in the garden of life
Tree is a child of the seed.
Calm.....
Love sees trough a telescope not a microscope
Thank You......two words of the divine
Hope....
Those who bring sunshine into the live of other
Cannot keep it fron that selve.
Walk the part of truth,
Count your blessing, they are many,
Laughter and joy go hand in hand
You are the seed, that decides the
horrnest around you.
Peace.......
Smile with your eyes, hearts and lips
Happiness..
When you are content to be simply yourself and
don't compare the compete,
Everybody will respect you.
Love........
We must be the change we wish...to see the world
Wisdom.....
If you argue for your limitations
You get to keep them,
Realize deeply that this present moment is all we ever have
The begining of greatness is to be little.
Relax......
Love and appreciate myself and the world around you
God can bring miracles
Take the love and power of you creator,
Open your soul to divine love
My thoughts are creating a wonderful blueprint for my life.
The river of life is deep.....flow freely
Allow tolerance to enter you life,
it is liberating and loving.
The quality of your through determines
your personal degree of happiness
The tree is the child of the SEED
Time is life, do not waste it,
Keep your life when the storm life come upon you.
Faith is beliving in unseen
nearess to God is a trough away
Honesty, contentment, Bliss, Joy
Acceptance the of the moment,
Miracle another of God gift.
Silance......
Hope the greatest of life, lightness and joy
let go and let God, Make time for joy
Prayer is talking and listening to God
To know in your heart that you are
Unique and Beautiful......
From : Silance Voice
Selanjutnya : Antara Roh Dan Kematian

Wednesday, September 9, 2009

Mengenal Hakikat Manusia

Firman Allah SWT di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami kem­ba­likan mereka kepada serendah-rendah taraf, kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, mereka men­dapat anugerah dari Tuhan tanpa putus-putus.” (At Tiin: 4-6)

Menurut ayat Al Quran di atas, Tuhan menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kejadian manusia tidak sama dengan kejadian makhluk-makhluk yang lain. Kejadian manusia sangat indah dan sangat cantik. Kecantikan dan keindahan di dalam kejadian manusia itu dapat dilihat pada dua aspek:

Aspek Lahir
Cuba kita lihat keindahan ciptaan Tuhan pada fizikal manusia, anggota yang sangat penting dan sensitif diletakkan di atas. Contohnya kepala, telinga, mulut dan mata diletakkan di bahagian atas anggota badan. Tidak seperti binatang, contohnya ular, kalau tersentuh najis, sudah tentulah mulut dan hidung yang terkena dahulu. Berbeza dengan manusia, kalau terlanggar atau tersentuh najis, kaki atau tangan manusia yang terkena dahulu. Ia tidak terus ke hidung, mulut atau mata. Begitulah indahnya ciptaan Tuhan pada diri manusia. Banyak lagi keindahan pada fizikal manusia itu kalau kita mahu mengkaji. Dari sudut yang lahir pun kita sudah dapat rasa cantiknya kejadian manusia itu.

Aspek Batin
Manusia juga mempunyai satu pakej yang sangat berperanan di dalam dirinya, iaitu akal, roh dan nafsunya. Ini bermaksud, di dalam diri manusia ada unsur malaikat, ada unsur haiwan dan ada unsur manusia.Unsur haiwan di dalam manusia ialah nafsu yang peranannya adalah berkehendak. Kalau manusia tidak ada sifat berkehendak, manusia tidak akan maju. Umpama malaikat, oleh kerana tidak ada nafsu dan tidak ada kehendak, mereka tidak membangun. Walaupun akal dan ilmu banyak tetapi sekiranya manusia itu tidak ada sifat kehendak, manusia tidak akan maju dan tidak akan berubah. Sebab itu perlu ada unsur haiwan di dalam diri manusia. Tetapi manusia juga perlu kepada unsur malaikat iaitu akal yang berperanan menerima dan memproses ilmu dan mak­lumat serta merancang. Setiap kehendak manusia mesti diran­cang.Sekiranya sifat kehendak tidak disertakan dengan ilmu dan perancangan, manusia akan melulu. Maka unsur haiwan dan unsur malaikat mesti ada bersama demi untuk kebaikan manusia. Ada satu lagi unsur yang tidak boleh diasingkan daripada kedua-dua unsur di atas, bahkan unsur ini lebih penting dan utama. Itulah dia unsur kemanusiaan iaitu roh. Roh adalah raja di dalam diri manusia. Roh yang akan mentadbir diri manusia itu sendiri. Ertinya nafsu dan akal mesti ditadbir oleh roh. Apabila manusia berkehendak dia mesti didasarkan oleh akal iaitu ilmu dan perancangan kemudian ditadbir pula oleh roh. Andai roh, akal dan nafsu berjalan seimbang, berjalan secara terdidik, kehidupan manusia akan jadi cantik. Tanpa roh, ilmu dan kehendak tidak akan berguna kerana tidak ada yang menggerakkan dan mentad­birnya dengan baik. Oleh itu, sebagai pendidik atau murabbi mesti faham hal-hal dan hakikat kejadian manusia.

PERANAN ROH, AKAL DAN NAFSU
Setiap unsur yang ada dalam diri manusia ada peranannya. Akal pe­ranannya mengkaji tentang ilmu, maklumat, menganalisa se­suatu dan disimpan dalam otak kemudian dikeluarkan. Peranan nafsu pula hanya berkehendak sahaja, sama ada kehendak yang baik atau jahat bahkan kehendaknya tidak ada batas dan tidak ber­­tepi. Sebab itu nafsu mesti dididik supaya dia hanya berkehen­dak kepada yang baik sahaja dan menolak yang sebaliknya. Nafsu kalau tidak dipimpin oleh roh, kehendaknya tidak ada batasan. Sekalipun apa yang dikehendakinya ada di puncak gunung yang tertinggi, atau ada di bawah dasar lautan yang terdalam atau di dalam hutan belantara yang tebal. Dia akan berusaha men­dapat­kannya dengan dibantu oleh akal.Roh manusia yang dikatakan raja diri itu, selain berperanan sebagai pentadbir, di dalamnya juga ada perasaan. Perasaan-perasaan di dalam roh atau hati ini sangat ajaib kerana ia sentiasa berubah-ubah dalam keadaan kita tidak boleh mengawalnya. Kehendak nafsu masih boleh dikawal dan disekat, seperti nafsu berkehendak kepada sesuatu yang merbahaya, sekiranya akal sempat berfikir, kehendak tersebut boleh disekat. Tetapi perasaan-perasaan yang datang di dalam hati tidak boleh disekat.Contohnya, kadang-kadang datang rasa gembira bila dapat apa yang kita hajatkan. Kadang-kadang datang rasa sedih, ada kalanya datang rasa marah bila melihat orang yang kita benci. Di waktu yang lain pula timbul rasa jijik atau geli bila melihat kekotoran yang ada cacing. Begitulah seterusnya perasaan-pe­rasaan lain yang sentiasa timbul silih berganti di dalam hati ma­nusia. Perasaan-perasaan tersebut datang secara spontan dan tidak ada yang sempat menyekatnya.Perasaan-perasaan itu juga boleh hidup subur dan membesar. Perasaan marah misalnya boleh subur dengan cabaran-cabaran, caci maki orang atau sebagainya. Begitu juga perasaan sabar boleh subur dengan riadhah nafsiah dan mujahadah. Begitulah seterus­nya perasaan-perasaan yang lain.Sesungguhnya akal, nafsu dan roh yang tidak terdidik menjadi­kan manusia itu lebih teruk dan lebih sesat keadaannya daripada binatang, sebagaimana yang Tuhan sifatkan di dalam Al Quran:


Maksudnya: “Mereka itu seperti binatang, bahkan mereka lebih sesat daripada binatang.” (Al A’raf: 179)


Binatang, walaupun kehendaknya tidak terbatas, tetapi kehen­daknya tidak dibantu oleh akal. Sebab itu binatang tidak pandai merancang kejahatan. Harimau contohnya, tidak pernah dan tidak pandai berfikir atau merancang strategi membunuh mangsa. Apa yang berlaku, harimau menerkam mangsa apabila terserempak, bukan hasil perancangan, dendam atau sebagainya. Kerana itu binatang walaupun kehendaknya tiada batasan, ia tidak begitu bahaya, sebab ia tidak pandai berfikir dan merancang.Manakala manusia yang kehendak nafsunya juga tidak bertepi, apabila perasaan marah meluap-luap, akan timbul perasaan den­dam. Ketika itu akal yang tidak terdidik akan turut terpengaruh dengan kehendak nafsu, lalu membantu nafsu merancang dan menyusun strategi untuk membalas dendam. Pada waktu yang sama roh yang peranannya sebagai raja diri, oleh kerana tidak ter­didik, sanggup mengikut telunjuk nafsu dan akal lalu menga­rahkan seluruh anggota melakukan kehendak mereka. Akhirnya rosaklah manusia dan seterusnya dunia hancur dan ranap akibat perbuatan jahat manusia sendiri. Firman Allah dalam Al Quran:


Maksudnya: “Telah lahir kerosakan di daratan dan laut­an, hasil perbuatan tangan manusia sendiri.” (Ar Rum: 41)


Inilah realiti yang berlaku di dunia, bila manusia tidak terdidik, peranan binatang akan menjadi kuat dengan bantuan akal. Keadaan ini sangat bahaya kepada manusia.Sekiranya ketiga-tiga unsur tersebut dididik dan dibentuk ke arah kebaikan, kehendak-kehendak nafsu yang baik didorong, perasaan-perasaan yang timbul pula didisiplinkan dengan akal yang telah terdidik, hati yang menjadi raja diri disuburkan dengan keimanan, ditanam rasa hamba dan rasa bertuhan, nanti akan terjadilah satu tamadun yang sangat selamat dan menyelamatkan. Ertinya tamadun yang sangat memberi manfaat kepada manusia di dunia bahkan di Akhirat mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Golongan manusia seperti ini Tuhan sudah menjanji­kan pada mereka ganjaran yang tiada batasnya.

Keajaiban Hati
Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:
1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun.

2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan me­mimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malai­kat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati.

3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan di­­asuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa di­gilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar ber­sih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW:
Maksudnya: “Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka me­lihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)

4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dari Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula di­namakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal.

Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.

Kategori Hati
Peringkat-peringkat hati atau roh boleh dibahagikan kepada empat kategori:
1. Hati yang sangat bercahaya dan bersinar. Inilah hati atau roh para rasul dan nabi termasuk juga wali-wali Allah. Mereka ini bertaraf nafsu mutmainnah dan ke atas. Peringkat sinaran atau kilauan cahaya di antara mereka tidak sama mengikut peringkat masing-masing.
2. Hati yang cerah tetapi tidak berkilau. Inilah hati orang-orang soleh yang nafsunya bertaraf mulhamah.
3. Hati yang kabur ibarat cermin kabur yang tidak digilap. Ini adalah hati orang fasik atau zalim.
4. Hati yang gelap hitam. Inilah hati orang-orang kafir dan munafik.

Punca Hati Terhijab
Sebab-sebab hati menjadi hitam dan terhijab, antaranya:

1. Kerana dosa-dosa lahir, seperti makan makanan yang haram atau syubhat, melihat dan mendengar perkara-perkara yang diharamkan.

2. Nafsu yang tidak terdidik, penuh dengan mazmumah, seperti pemarah, hasad dengki, tamak dan lain-lain.

3. Setiap dosa-dosa yang dilakukan akan membentuk bintik-bintik hitam pada hati yang merupakan hijab. Inilah yang Allah gambarkan di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Sebenarnya apa yang selalu mereka kerjakan itu (menjadi titik-titik hitam) yang menutup hati-hati mereka.” (Al Muthaffifin: 14)

Bintik-bintik hitam itu akan mula membentuk di dalam hati sejak mula baligh. Cuba gambarkan kalau sudah 30 tahun bintik-bintik hitam itu bertapak di hati kita. Ia sudah menebal dan susah untuk dikikis bersih. Kerana itu penjagaan terhadap kesucian hati perlu dibuat dari awal kelahiran lagi. Anak-anak mesti dijaga dan diasuh dari kecil lagi supaya hati mereka benar-benar bersih dan terjaga. Apabila dewasa nanti hatinya hanya perlu digilap sahaja. Bagi orang yang tidak menjaga hatinya dari kecil lagi, dan dia mula mendapat kesedaran untuk membersihkan hati sewaktu umur dewasa, dia terpaksa menempuh masa yang agak lama dalam operasi membersihkan hati. Ini kerana dia terpaksa menempuh dua tahap iaitu:

a. Dia mesti mengikis dan membersihkan hatinya dari bintik-bintik hitam atau kotoran dosa. Ini bukan suatu kerja yang mudah dan ia mesti melalui proses yang agak panjang.
a. Setelah mengikis dan membersihkan hati dari bintik-bintik hitam tersebut (dosa), hati mesti sentiasa digilap sehingga bersih bersinar.

Mereka kena berhempas pulas untuk dapat membersihkan hati. Sekiranya mereka mati sebelum berjaya hatinya dibersihkan, terserah kepada Allah SWT sama ada hendak diampunkan atau diazab, seperti firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dia yang mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengazab siapa yang dikehendaki­Nya.” (Al Baqarah: 284)

Semoga atas dasar usaha yang sedang dilakukan dalam melak­sanakan niat baiknya untuk membaiki hatinya, ada nilaian dan pandangan serta pengampunan Allah SWT kepadanya. Sebagai kesimpulan, para pemimpin dan murabbi yang terlibat di dalam mendidik manusia mesti memahami sungguh-sungguh tentang unsur-unsur yang ada di dalam diri manusia, supaya kaedah dan perlaksanaan yang dibawa di dalam pendidikan nanti tepat dan betul dengan cara yang Tuhan kehendaki. Sehingga manusia-manusia yang dididik itu benar-benar menjadi orang yang bertaqwa. Ertinya, dia dapat memainkan peranannya dengan sebaik-baiknya sebagai hamba Allah dan juga dapat bekerja sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ini, sesuai dengan hasrat dan perintah Tuhan. Sehingga lahirlah hasil dari tangan-tangan mereka ini, manusia yang sangat berkasih sayang, bertolong bantu dan bertimbang rasa. Seterusnya akan lahirlah masyarakat yang aman damai dan mendapat keampunan Allah, sebagaimana yang Tuhan gambarkan melalui firman-Nya:

Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan men­dapat keampunan Tuhan.” (Saba’: 15)
Drp : Siulan Angin
Selanjutnya : Poem : Life Is a Prefect Drama

Wednesday, September 2, 2009

Rasulullah Menangis Di Mashyar












Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:


“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.” Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”


Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”


Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”


Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”


Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.


Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.


Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.


Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.


Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”


Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”


Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”


Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”


Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.



Daripada : Bisikan Pasir

Selanjutnya : Mengenal Hakikat Manusia