Tuesday, December 8, 2009

KEMATIAN ADALAH MISTERI BUKANNYA MASALAH




Jika kita memikirkan 'kematian' sebagai suatu masalah, itu ertinya kita sedang menuju ke arah destinisi yang salah. Demikianlah apa yang terjadi di muka bumi ini. Bumi ini bagaikan sebuah kapal atau bahtera. Demikian juga tubuh badan itu sedang kita layari ke hujung ke pangkal di dunia ini.Sedang kita sibuk di alam maya ini, kita langsung tidak mahu ambil tahu akan asal usul tubuh badan dan nyawa itu, tanpa kita ketahui dari mana kita berasal dan ke mana kita akan pergi. Dalam kesibukan tersebut, kita dapat melihat seseorang sudah menjadi tua dan nyanyuk serta mendukacitakan. Kita juga mendengar dan melihat orang mati di sana sini.Kita mula sedar dan ingin tahu, tetapi tiada siapa suka kepada 'ingin tahu' kita itu dan tiada siapapun berminat kepada pertanyaan kita itu. Realitinya jika kita cuba juga bertanya kepada seseorang.., apa itu 'kematian'? Seseorang itu akan berasa gelisah, semua cuba mengelak dari ditanya. Semua orang tidak mahu atau tidak suka pada topik tersebut, dan semua orang akan menyangka yang kita ini orang yang tidak sihat atau...!Kenapa seseorang mesti menimbulkan pertanyaan yang memang mengerikan dan tidak disukai oleh semua orang? Kenapa mesti bercakap tentang kematian?.. Kerana perkataan 'mati' itu akan membuat seseorang itu cemas, dan gementar seluruh tubuh badannya. Kalau kita perasan, orang tidak gemar pada perkataan 'mati'. Apabila seseorang itu mati, mereka lebih gemar menggunakan perkataan "mereka sudah kembali" , semata-mata untuk mengelak dari menyebut perkataan 'mati' atau antara lain perkataan "mereka telah dipanggil oleh Tuhan". Aneh bukan? Semata-mata untuk mengelak dari menyebut 'mati'. Kerana satu perkataan itu 'mati', namun apapun jua perkataan atau ayat, relitinya perkataan 'mati' sebenarnya sangat menggerunkan seseorang dan sangat tidak disukai oleh semua orang.Perlu diingat!"Tiada apa yang pasti, kecuali mati, selain dari itu, semuanya tidak pasti". Kematian adalah sesuatu yang sangat menyedihkan, ia sangat mengharu dan menyinggung seseorang. Namun biarlah ia pergi menemui Tuhannya. Tetapi tiada seorangpun yang berminat tentangnya.Ambil ingatan saudara pembaca!..Kita semua tidak boleh menyelesaikan erti 'penghidupan sebenar'; tiada apa yang dapat kita selesaikan... Kerana erti penghidupan sebenar sangatlah 'misteri', bukannya suatu masalah. Ingat!.. Kematiaan adalah misteri, bukannya permasalahan. Kita tidak mampu menyelesai atau menjawabnya. Ianya juga bukan 'silangkata', ia sangatlah misteri!.. Ia tetap sebagai suatu misteri. Kita perlu menerimanya sebagaimana ianya. Tiada jalan untuk sesiapa cuba merungkai atau menjawabnya.Tetapi dengan menerimanya, kitalah orang yang faham akan hakikat sebenar istilah di sebalik kematian tersebut. Masalah tetap berada di situ, tetapi ianya bukanlah lagi suatu masalah. Dalam erti kata lain; tidaklah lagi menolak atau menentang apa jua yang dikatakan 'mati' itu. Kerana perkataan 'masalah' itu sendiri menunjukkan penentangan terhadap 'mati'.., takut akan kematian, ia bagaikan 'musuh' kita semua!..Apabila kita sudah dapat menerima dan faham, kematian itu apa?.. Ia akan bertukar menjadi 'kawan'. Rasa takut tetap ada, tetapi ia bukan lagi suatu masalah besar, malah memang kita nanti-nantikan, yang sangat menggetarkan jiwa. Justeru, jika isteri atau suami kita mati atau meninggalkan kita, janganlah risau, jadikan ia suatu pengalaman yang mendebarkan jiwa kita. Tiada apa yang silap atau salah akan peninggalan seseorang dan ia juga bukan lagi permasalahan, gembiralah, bersyukurlah. Itulah 'realiti penghidupan'. Tetapi siapakah yang peduli akan soal 'reliti'?Kerana semua orang tidak berminat terhadap apa yang berlaku, dari mana asal usulnya dari mana ia datang dan ke mana ia akan pergi? Apakah yang akan terjadi kepada seseorang yang kita kasihi itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja, tanpa akan kita lihat dan ketemu lagi. Namun.., kita semua menerimanya, suatu yang misteri itu!.. Tetapi tanpa ingin mengetahui secara lebih mendalam!..Benar!.. Kita semua menganggap kematian sering berlaku setiap waktu, tetapi kita semua tidak mahu melihat fakta di sebalik setiap kematian. Kerana fakta tersebut akan mengganggu kita semua. Ia menyusahkan dan boleh mengganggu tidur seseorang.Maka ramailah orang terus saja tidur dibuai mimpi kelalaian, cuba mengelak, mereka terus-menerus cuba mengelak kerana menyalah anggap.., bahawa 'misteri' adalah permasalahan. Ingat tajuk di atas..."Kematian Adalah Misteri, Bukannya Permasalahan".Perlu diingat!..Rasa tidak selamat adalah misteri. Kematian adalah misteri. Kasih sayang adalah misteri. Semuanya adalah misteri, dan yang dikatakan 'kemisterian' itu bukanlah sesuatu yang logikal, tidak akan difahami oleh akal... Tiada siapapun yang akan tahu...Tahukah kita, bilakah masanya kita jatuh cinta dengan seorang perempuan atau wanita? Adakah kita jawapannya kenapa? Bolehkah kita menjawabnya?.. Sebenarnya ia tiba-tiba terjadi begitu saja, tanpa kita sedari. Pandangan pertama kepada seorang wanita, tiba-tiba hati kita berdetik dan berkenan. Kita tidak berdaya untuk menjawabnya, kemudian ia menjadi isteri, atau suami yang seiring dan menghuni di dalam satu bumbung yang sama.., bersama!..Dan tiba-tiba, sesuatu berlaku, ia boleh lenyap begitu sahaja!.. Sekelip mata.., ia suatu misteri. Kita mungkin telah bersama sejak dua puluh tahun, penuh kasih sayang dengan segala keseronokan dan kegembiraan. Tiba-tiba suatu hari.., iklim atau suasana begitu tidak lagi dirasai, gelombang dan getarannya sudah tidak ada lagi. Kita masih berada di situ, tetapi isteri atau suami yang kita kasihi selama ini sudah hilang di mata... Tiba-tiba hilang begitu sahaja, tiba-tiba kosong, bagaikan tidak tahu entah ke mana!Bayangkan kasih sayang yang dibina sejak dua puluh atau empat puluh tahun.., tiba-tiba sudah tidak ada di sisi kita, kegembiraan sudah lenyap! saudaraku pembaca, perlu diingat!.."Kasih sayang bukan kepura-puraan dan kasih sayang tidak mampu kita mengatur atau menguruskannya."Tiada siapa yang mampu untuk mengatur atau mengurus kasih sayang Tuhan, ia lebih agong dari apa yang kita semua cuba fikirkan. Kasih sayang datangnya dari sumber yang 'SATU' itu, iaitu "kasih sayang pencipta itu sendiri", sebagaimana kelahiran dan kematian. dari manakah ia datang? Saudaraku, 'tiga' perkara ini:1. Kelahiran 2. Kasih sayang 3. KematianDatangnya dari yang tidak kita ketahui. Ia tiba-tiba saja muncul bagaikan angin bayu yang menyentuh kita, kemudian tiba-tiba ia lenyap begitu sahaja.Ketiga-tiga di atas, tiada siapa dapat menyelesaikannya, tetapi kita boleh memahaminya. Jika kita boleh memahaminya, ertinya terima sajalah, bahawa: kelahiran.., kasih sayang, dan kematian tetap berada di situ, pada diri masing-masing atau yang dikatakan pasangan kita itu. Dan jangan sekali-kali kita menganggapnya sebagai suatu masalah... Cuma ingat ianya adalah suatu 'misteri'.Bila kita sudah benar-benar faham dan sudah dapat merasainya bahawa ianya adalah 'misteri', nanti kita benar-benar akan faham erti 'hidup' dan kita akan dapat merasai perhubungan yang sangat rapat terhadap seluruh yang hidup dan bernyawa. Ia merupakan suatu keraian, suatu kepercayaan dan keyakinan. Saudaraku yang dikasihi, perlu diingat! Semuanya itu hanya boleh berlaku:"Jika akal kita sudah benar-benar tidak lagi bertelingkah, berseloka dan bermain-main." 'Hati' itulah 'pusat' di mana boleh berlakunya kasih sayang sebenar, kelahiran berlaku, kematian juga berlaku. Ingat!.."Bila mati berlaku.., hati itulah yang terhenti.""Bila kasih sayang berlaku.., hati itulah yang menari-nari.""Bila kelahiran berlaku.., hati itulah yang mula-mula sekali berdenyut." Ambil ingatan saudaraku!..Segala yang 'benar' lagi 'hak' itu adalah di 'hati', dan segala yang tidak benar, palsu dan batal adalah di 'akal'.Akal, latarbelakangnya adalah 'dunia' tempat bermain-main. Justeru saudaraku, suatu perubahan yang sangat penting bagi kita semua adalah 'bagaimanakah untuk kita membuat anjakan tenaga "dari akal ke hati". Selamat Berfikir!...


Sumber dari : Empty Hands

Monday, December 7, 2009

KETEGUHAN BENTENG TAKDIR




KEKUATAN SEMANGAT (AZAM, CITA-CITA, IKHTIAR) TIDAK BERUPAYA MEMECAHKAN BENTENG TAKDIR.
Kalam Hikmat yang pertama menyentuh tentang hakikat amal yang membawa kepada pengertian tentang amal zahir dan amal batin. Ia mengajak kita memerhatikan amal batin (suasana hati) berhubung dengan amal zahir yang kita lakukan. Sebagai manusia biasa hati kita cenderung untuk menaruh harapan dan meletakkan pergantungan kepada keberkesanan amal zahir. Hikmat kedua memperjelaskan mengenainya dengan membuka pandangan kita kepada suasana asbab dan tajrid. Bersandar kepada amal terjadi kerana seseorang itu melihat kepada keberkesanan sebab dalam melahirkan akibat. Apabila terlepas daripada waham sebab musabab baharulah seseorang itu masuk kepada suasana tajrid.


Dua Hikmat yang lalu telah memberi pendidikan yang halus kepada jiwa. Seseorang itu mendapat kefahaman bahawa bersandar kepada amal bukanlah jalannya. Pengertian yang demikian melahirkan kecenderungan untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Sikap menyerah tanpa persediaan kerohanian boleh menggoncangkan iman. Agar orang yang sedang meninggi semangatnya tidak terkeliru memilih jalan, dia diberi pengertian mengenai kedudukan asbab dan tajrid. Pemahaman tentang makam asbab dan tajrid membuat seseorang mendidik jiwanya agar menyerah kepada Allah s.w.t dengan cara yang betul dan selamat bukan menyerah dengan cara yang melulu.

Hikmat ke tiga ini pula mengajak kita merenung kepada kekuatan benteng takdir yang memagar segala sesuatu. Ketika membincangkan tentang ahli tajrid, kita dapati ahli tajrid melihat kepada kekuasaan Tuhan yang meletakkan keberkesanan kepada sesuatu sebab dan menetapkannya dalam melahirkan akibat Ini bermakna semua kejadian dan segala hukum mengenai sesuatu perkara berada di dalam pentadbiran Allah s.w.t. Dia yang menguasai, mengatur dan mengurus setiap makhluk-Nya. Urusan ketuhanan yang menguasai, mengatur dan mengurus atau suasana pentadbiran Allah s.w.t itu dinamakan takdir. Tidak ada sesuatu yang tidak dikuasai, diatur dan diurus oleh Allah s.w.t. Oleh itu tidak ada sesuatu yang tidak termasuk di dalam takdir.

Manusia terhijab daripada memandang kepada takdir kerana waham sebab musabab. Kedirian seseorang menjadi alat sebab musabab yang paling berkesan menghijab pandangan hati daripada melihat kepada takdir. Keinginan, cita-cita, angan-angan, semangat, akal fikiran dan usaha menutupi hati daripada melihat kepada kekuasaan, aturan dan urusan Tuhan. Hijab kedirian itu jika disimpulkan ia boleh dilihat sebagai hijab nafsu dan hijab akal. Nafsu yang melahirkan keinginan, cita-cita, angan-angan dan semangat. Akal menjadi tentera nafsu, menimbang, merancang dan mengadakan usaha dalam menjayakan apa yang dicetuskan oleh nafsu. Jika nafsu inginkan sesuatu yang baik, akal bergerak kepada kebaikan itu. Jika nafsu inginkan sesuatu yang buruk, akal itu juga yang bergerak kepada keburukan. Dalam banyak perkara akal tunduk kepada arahan nafsu, bukan menjadi penasihat nafsu. Oleh sebab itulah di dalam menundukkan nafsu tidak boleh meminta pertolongan akal.

Dalam proses memperolehi penyerahan secara menyeluruh kepada Allah s.w.t terlebih dahulu akal dan nafsu perlu ditundukkan kepada kekuatan takdir. Akal mesti mengakui kelemahannya di dalam membuka simpulan takdir. Nafsu mesti menerima hakikat kelemahan akal dalam perkara tersebut dan ikut tunduk bersama-samanya. Bila nafsu dan akal sudah tunduk baharulah hati boleh beriman dengan sebenarnya kepada takdir.

Beriman kepada takdir seharusnya melahirkan penyerahan secara berpengetahuan bukan menyerah kepada kejahilan. Orang yang jahil tentang hukum dan perjalanan takdir tidak dapat berserah diri dengan sebenarnya kepada Allah s.w.t kerana disebalik kejahilannya itulah nafsu akan menggunakan akal untuk menimbulkan keraguan terhadap Allah s.w.t. Rohani orang yang jahil dengan hakikat takdir itu masih terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan biasa. Dia masih melihat bahawa makhluk boleh mendatangkan kesan kepada kehidupannya. Tindakan orang lain dan kejadian-kejadian sering mengacau jiwanya. Keadaan yang demikian menyebabkan dia tidak dapat bertahan untuk terus berserah diri kepada Tuhan. Sekiranya dia memahami tentang hukum dan peraturan Tuhan dalam perkara takdir tentu dia dapat bertahan dengan iman. Hadis menceritakan tentang takdir:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah, apakah iman?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan Hari Kemudian. Juga engkau beriman dengan Qadar baiknya, buruknya, manisnya dan pahitnya adalah dari Allah s.w.t”. { Maksud Hadis }

Pandangan kita sering keliru dalam memandang kepada takdir yang berlaku. Kita dikelirukan oleh istilah-istilah yang biasa kita dengar Kita cenderung untuk merasakan seolah-olah Allah s.w.t hanya menentukan yang asas sahaja sementara yang halus-halus ditentukan-Nya kemudian iaitu seolah-olah Dia Melihat dan Mengkaji perkara yang berbangkit baharulah Dia membuat keputusan. Kita merasakan apabila kita berjuang dengan semangat yang gigih untuk mengubah perkara dasar yang telah Allah s.w.t tetapkan dan Dia Melihat kegigihan kita itu dan bersimpati dengan kita lalu Dia pun membuat ketentuan baharu supaya terlaksana takdir baharu yang sesuai dengan perjuangan kita. Kita merasakan kehendak dan tadbir kita berada di hadapan sementara Kehendak dan Tadbir Allah s.w.t mengikut di belakang. Anggapan dan perasaan yang demikian boleh membawa kepada kesesatan dan kederhakaan yang besar kerana kita meletakkan diri kita pada taraf Tuhan dan Tuhan pula kita letakkan pada taraf hamba yang menurut telunjuk kita. Bagi menjauhkan diri daripada kesesatan dan kederhakaan yang besar itu kita perlu sangat memahami soal sunnatullah atau ketentuan Allah s.w.t. Segala kejadian berlaku menurut ketentuan dan pentadbiran Allah s.w.t. Tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Ilmu Allah s.w.t meliputi yang awal dan yang akhir, yang azali dan yang abadi. Apa yang dizahirkan dan apa yang terjadi telah ada pada Ilmu-Nya.

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Ayat 22 : Surah al-Hadiid) Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; - ( Ayat 1 : Surah al-Mulk ) Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya); ( Ayat 3 : Surah al-A’laa) Dan Kami jadikan bumi memancarkan mataair-mataair (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. ( Ayat 12 : Surah al-Qamar )

Segala perkara, tidak kira apa istilah yang digunakan, adalah termasuk dalam ketentuan Allah s.w.t. Apa yang kita istilahkan sebagai perjuangan, ikhtiar, doa, kekeramatan, mukjizat dan lain-lain semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t. Pagar takdir mengelilingi segala-galanya dan tidak ada sebesar zarah pun yang mampu menembusi benteng takdir yang maha teguh. Tidak terjadi perjuangan dan ikhtiar melainkan perjuangan dan ikhtiar tersebut telah ada dalam pagar takdir. Tidak berdoa orang yang berdoa melainkan halnya berdoa itu adalah takdir untuknya yang sesuai dengan ketentuan Allah s.w.t untuknya. Perkara yang didoakan juga tidak lari daripada sempadan ketentuan Allah s.w.t. Tidak berlaku kekeramatan dan mukjizat melainkan kekeramatan dan mukjizat itu adalah takdir yang tidak menyimpang daripada pentadbiran Allah s.w.t. Tidak menghirup satu nafas atau berdenyut satu nadi melainkan ianya adalah takdir yang menzahirkan urusan Allah s.w.t pada azali.

Kami datang dari Allah dan kepada Allah kami kembali.
Segala perkara datangnya dari Allah s.w.t atau Dia yang mengadakan ketentuan tanpa campurtangan sesiapa pun. Segala perkara kembali kepada-Nya kerana Dialah yang mempastikan hukum ketentuan-Nya terlaksana tanpa sesiapa pun mampu menyekat urusan-Nya.
Apabila sudah difahami bahawa usaha, ikhtiar, menyerah diri dan segala-galanya adalah takdir yang menurut ketentuan Allah s.w.t, maka seseorang itu tidak lagi berasa bingung sama ada mahu berikhtiar atau menyerah diri. Ikhtiar dan berserah diri sama-sama berada di dalam pagar takdir. Jika seseorang menyedari makamnya sama ada asbab atau tajrid maka dia hanya perlu bertindak sesuai dengan makamnya. Ahli asbab perlu berusaha dengan gigih menurut keadaan hukum sebab-akibat. Apa juga hasil yang muncul dari usahanya diterimanya dengan senang hati kerana dia tahu hasil itu juga adalah takdir yang ditadbir oleh Allah s.w.t. Jika hasilnya baik dia akan bersyukur kerana dia tahu bahawa kebaikan itu datangnya dari Allah s.w.t. Jika tidak ada ketentuan baik untuknya nescaya tidak mungkin dia mendapat kebaikan. Jika hasil yang buruk pula sampai kepadanya dia akan bersabar kerana dia tahu apa yang datang kepadanya itu adalah menurut ketentuan Allah bukan tunduk kepada usaha dan ikhtiarnya. Walaupun hasil yang tidak sesuai dengan seleranya datang kepadanya tetapi usaha baik yang dilakukannya tetap diberi pahala dan keberkatan oleh Allah s.w.t sekiranya dia bersabar dan rela dengan apa juga takdir yang sampai kepadanya itu.

Ahli tajrid pula hendaklah reda dengan suasana kehidupannya dan tetap yakin dengan jaminan Allah s.w.t. Dia tidak harus merungut jika terjadi kekurangan pada rezekinya atau kesusahan menimpanya. Suasana kehidupannya adalah takdir yang sesuai dengan apa yang Allah s.w.t tentukan. Rezeki yang sampai kepadanya adalah juga ketentuan Allah s.w.t. Jika terjadi kekurangan atau kesusahan maka ia juga masih lagi di dalam pagar takdir yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Begitu juga jika terjadi keberkatan dan kekeramatan pada dirinya dia harus melihat itu sebagai takdir yang menjadi bahagiannya.
Persoalan takdir berkait rapat dengan persoalan hakikat. Hakikat membawa pandangan daripada yang banyak kepada yang satu. Perhatikan kepada sebiji benih kacang. Setelah ditanam benih yang kecil itu akan tumbuh dengan sempurna, mengeluarkan beberapa banyak buah kacang. Buah kacang tersebut dijadikan pula benih untuk menumbuhkan pokok-pokok kacang yang lain. Begitulah seterusnya sehingga kacang yang bermula dari satu biji benih menjadi jutaan juta kacang. Kacang yang sejuta tidak ada bezanya dengan kacang yang pertama. Benih kacang yang pertama itu bukan sahaja berkemampuan untuk menjadi sebatang pokok kacang, malah ia mampu mengeluarkan semua generasi kacang sehingga hari kiamat. Ia hanya boleh mengeluarkan kacang, tidak benda lain.

Kajian akal boleh memperakui bahawa semua kacang mempunyai zat yang sama, iaitu zat kacang. Zat kacang pada benih pertama serupa dengan zat kacang pada yang ke satu juta malah ia adalah zat yang sama atau yang satu. Zat kacang yang satu itulah ‘bergerak’ pada semua kacang, mempastikan yang kacang akan menjadi kacang, tidak menjadi benda lain. Walaupun diperakui kewujudan zat kacang yang mengawal pertumbuhan kacang namun, zat kacang itu tidak mungkin ditemui pada mana-mana kacang. Ia tidak berupa dan tidak mendiami mana-mana kacang, tetapi ia tidak berpisah dengan mana-mana kacang. Tanpanya tidak mungkin ada kewujudan kacang. Zat kacang ini dinamakan “Hakikat Kacang”. Ia adalah suasana ketuhanan yang mentadbir dan mengawal seluruh pertumbuhan kacang dari permulaan hingga kesudahan, sampai ke hari kiamat. Hakikat Kacang inilah suasana pentadbiran Allah s.w.t yang Dia telah tentukan untuk semua kejadian kacang. Apa sahaja yang dikuasai oleh Hakikat Kacang tidak ada pilihan kecuali menjadi kacang.

Suasana pentadbiran Allah s.w.t yang mentadbir dan mengawal kewujudan keturunan manusia pula dinamakan “Hakikat Manusia” atau “Hakikat Insan”. Allah s.w.t telah menciptakan manusia yang pertama, iaitu Adam a.s menurut Hakikat Insan yang ada pada sisi-Nya. Pada kejadian Adam a.s itu telah disimpankan bakat dan keupayaan untuk melahirkan semua keturunan manusia sehingga hari kiamat. Manusia akan tetap melahirkan manusia kerana hakikat yang menguasainya adalah Hakikat Manusia.

Pada Hakikat Manusia itu ada hakikat yang menguasai satu individu manusia dan hubungkaitnya dengan segala kejadian alam yang lain. Seorang manusia yang berhakikatkan “Hakikat Nabi” pasti menjadi nabi. Seorang manusia yang berhakikatkan “Hakikat Wali” pasti akan menjadi wali. Suasana pentadbiran Allah s.w.t atau hakikat itu menguasai roh yang berkaitan dengannya. Roh bekerja mempamerkan segala maklumat yang ada dengan hakikat yang menguasainya. Kerja roh adalah menjalankan urusan Allah s.w.t iaitu menyatakan hakikat yang ada pada sisi Allah s.w.t.
Dan katakan: “ Roh itu dari perkara urusan Tuhanku”. ( Ayat 85 : Surah Al-Israa’ )Pentadbiran Allah s.w.t menguasai roh dan mengheret roh kepada mempamerkan ketentuan-Nya yang berada pada azali. Allah s.w.t telah menentukan hakikat sesuatu sejak azali lagi. Tidak ada perubahan pada ketentuan Allah s.w.t. Segala sesuatu dikawal oleh hakikat yang pada sisi Allah s.w.t. Unta tidak boleh meminta menjadi kambing. Beruk tidak boleh meminta menjadi manusia. Manusia tidak boleh meminta menjadi malaikat. Segala ketentuan telah diputuskan oleh Allah s.w.t

Thursday, November 12, 2009

REALIZE THE TRUE GOAL OF YOUR LIFE


In the world, we are continually experiencing the same round of days and nights. You perform the same ablutions and indulge in the same process of filling the stomach. Thus you go on from year to year. But what efforts are you making to lead a purposeful and ennobling life? You are going through the same mill of experiences again and again. If you go on in this way,...what is the worth of your life?..What is its primary purpose? Few care to enquire into this basic question.


Hence what we have to examine is how we can lead an ideal, bliss filled, spiritually-oriented life which will serve an example to others. But most people never recognize the basic purpose of life. They seem to consider that the sole aim of life is to acquire wealth eat and drink and enjoy material comforts. This surely cannot be the main purpose of life. To recognize the primacy of human birth among living beings and yet fail to realize the true goal of his life.

Man needs a healthy body for a healthy mind, filled with good thoughts. It must be recognized that sports and music have been designed to confer health and happiness on man. But physical fitness alone is not enough.

Mental health is equally important. Please remember! Together with the gross physical body everyone has a "Subtle body...soul". One has to take good care of this subtle body also. For this, spiritual exercises will have to be performed which will help one to realize the Divine.

Al-Quran, Scriptures of any religions are guides for practical living... of what avail is it merely to know how the Quran or Scriptures have described, but this book lore is not reflected in his life. He is like a blind man who hears about the existence of the world. But cannot see it. There is no difference between this physically blind man and the spiritually blind person who merely studies the Quran or the Scriptures. The Quran or the Scriptures are intended to provide guides for practical living and not merely to be learnt by rote.

How much love and goodness is there in you?
When there is no 'Love and Goodness', how God can be understood? Remember!
For understanding anything subjective experience is essential.
In the fast-flowing river, a small fish is able to swim freely and joyously, without fear of the depth a swift flow of the river. But in the same river, a big elephant is likely to be swept away by the current. One should know how to keep afloat in the current and protect oneself.
A tiny ant, for instance, is able to get at the sugar that is mixed with sand, because it has the ability to distinguish between..."sand and the sweet sugar in the mixture", another animal or man, however big it may be if it does not possess this ability, it cannot separate the sugar from the sand. Likewise, if man has experienced the bliss of the Divine, will he go after worldly pleasures?

So, realize the true goal of your life
Sources: wordfromoneuniverse.blogspot.com

Sunday, October 18, 2009

BRINGING CHILD IS VERY RISKY AFFAIR, SO HOW TO BECOME A MOTHER OR FATHER


To become a mother is one of the greatest responsibilities in the world. Men or a father are a little freer in their way because they cannot take the responsibility of becoming a mother. Women have more responsibility.

So many women want to be mothers but they don't know how to be...remember!

"Once the relationship between the mother and the child goes wrong, the child's whole life goes wrong... because that is his "first CONTACT" with the world, his first relationship, everything else will be in continuity with it. And if the first step goes wrong, the whole life goes wrong... Please imbibe and be serious about it."

One should become a mother knowingly. You are taking on one of the greatest responsibilities that human being can take.Men are a little freer in that way because they cannot take the responsibility of becoming a mother. Women have more responsibility... So;

"Become a mother, but don't take it for granted that just being a woman one is necessarily mother,..that is wrong and fallacy." Remember!

"Motherhood is a great art, you have to learn it. So start learning about it... Now!"

A few things I would like to say to you as mother and father... being a parents...First never treat the child as yours; Never possess the child... The child comes through you, but it is not yours. God has only used you as a vehicle... 'POSSESSION'. Remember!

"LOVE, but never possess the child".

If the mother , the father starts possessing the child, then the life is destroyed. The child starts becoming a prisoner. You are destroying his personality and you are reducing him to a thing or a commodity.

Only a thing can be possessed... that is without life;

"A house can be possessed... a car, a shoes ect."

Remember! Never a person. So, this is a first lesson.

Get ready for it:

Before a child comes you should be able to greet him as an independent being, as a person in his own right, not just your child. And the second thing: Treat the child as you would treat a...'GROWN-UP' person. Never treat a child like a child. Treat a child with deep respect. God has chosen you to be a 'HOST'. The child is very fragile... helpless. Remember!


It is very difficult to respect the child, but it is very easy to humiliate the child. Humiliation comes very easy because the child is helpless and cannot do anything... Cannot retaliate cannot react. So, treat the child as a grown-up and with great respect. Once you respect the child, you don't try to impose anything your ideas on him. You don't try to impose anything on the child. You simply give him a freedom... freedom to explore the world. You help him to become more and more powerful in exploring the world but you never give him directions. Remember!

"You are giving him energy, you give him protection, you give him security.. All that he needs, but you help him to go farther away from you to explore
the world."

And of course in freedom the wrong is also included. It is very difficult for a mother to learn that when you give freedom to a child it is not freedom only to do good. So make the child... 'alert'... intelligent.

Never give him any commandments... nobody keeps them, and people become hypocrites. So, if you really love the child, then one thing has to be remembered:

"Never , never help him in any way, or forcing him in any way to become a hypocrite."

And the third thing:

Be natural... listen to nature. Whatsoever is natural is good... If your mind is good, nothing wrong with this world. Even if sometimes it is very difficult for you, very uncomfortable for you... because you have not been brought up according to nature. We now being a parents. Our parents were not bringing up with real art, 'LOVE'... It was just an accidental thing. Don't repeat the same mistakes. Many times you will feel very uneasy...


Never interfere with the child, let nature take its own course. You are there to facilitate whatsoever nature is unfolding... Remember!

"You are not to direct nature...be natural, you are just to be as a help."


So, this three things... Start meditating. Before the child is born, you should go as deeply as possible. When the child is within your womb, whatsoever you are doing continuously goes as a vibration to the child...Example:

If you are angry, your stomach has a tension of anger. The child immediately feels it. When you are sad, your stomach has an atmosphere of sadness. Immediately the child feels dull... depressed. The child totally depends on you. Whatsoever is your mood is the mood of the child.

That's why I say that to be a mother is a great responsibility... The mother have to sacrifice much.

If from the very beginning anger, hatred, conflict, enters into the child's mind.., then you are causing hell for him, he will suffer...

"Then it is better not to bring a child into the world. Why bring a child into suffering?"

The world is tremendous suffering. In the first place bringing a child into this world is a very risky affair. But even if you want that.., at least bring a child who will be totally different in this world. Who will not be miserable, who will at least help the world to be a little more celebrating.., that will bring a little more festivity into the world.., a little more laughter.., love, life.

Source : wordsfromoneuniverse.blogspot.com

Tuesday, October 13, 2009

EGOIS














Soalan ;

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat dibawah
a. Ego
b. Hasad
c. Riak
d. Takabur
e. Sombong
f. Dengki
2. Apakah punca-punca terhijabnya hati kita dengan sifat-sifat di atas?
3. Apakah hakikat disebalik sifat-sifat di atas?

Jawapan;
Keenam-enam sifat seperti ego, hasad,riak, takbur, sombong dan dengki adalah merupakan musuh dalaman setiap individu yang sangat subjektif. Walaupun setiap sukukata di atas punya ciri-cirinya tersendiri, namun semuanya terhimpun di dalam sukukata 'Ego'. Kerana makna 'Ego' adalah 'Diri'...'Diri Sendiri'. Keenam-enam sifat negatif yang tersebut di atas adalah merupakan 'anai-anai' yang telah lama bersarang di dalam hati dan jiwa semua manusia yang telah sejak lama meruntuhkan pelbagai institusi, sama ada di dalam tempat ibadah, politik, agama, atau apa sahaja organisasi.Mari kta menyingkap punca dan hijab serta memahami hakikat di sebalik siat-sifat di atas yang semuanya ada di sebalik 'Ego' diri masing-masing yang menjadi penyebab semua manusia sejak lama tersungkur dan terbelenggu hingga ke detik ini.Apakah yang dikatakan 'Ego'? 'Ego' adalah 'Diri'...'Diri' yang tidak punya kesedaran akan hakikat yang 'Maha Berkuasa'.Justeru 'Ego' adalah merupakan asas kepada semua permasalahan yang perlu dihadapi oleh setiap orang. Ciri-ciri dan sifat 'Ego' mesti difahami secara mendalam dan betul, jika tidak, tiada siapa yang akan mampu mengnyahkannya dengan begitu mudah dan tiada siapa yang akan dapat menolong kita kerana semua orang ada sifat-sifat begitu. 'Ego' masing-masinglah yang berlagak sebagai rintangan antara kita dan hakikat diri dalaman masing-masing.Muslihat 'Ego' adalah sangat halus, tetapi ianya bukannya fakta, malah fiksyen atau hipnosis sejak beribu-ribu tahun manusia dilanda ketegangan, kekacauan dan kebingunan. 'Ego' adalah merupakan idea bahawa 'Akulah' yang di dalamnyalah bersarang kata-kata seperti hasad, dengki, dan banyak lagi kata-kata yang tidak mampu disebut.Di tengah-tengah dunia 'Akulah' keegoan itu berdirinya segala 'kepentingan diri', bagaikan sebuah pulau di tengah-tengah lautan yang jauh dari daratan. Ingat! Hidup ini saling bergantung, bukannya untuk kepentingan diri sendiri seperti setitis minyak di dalam air.Ingat! Kita semua adalah "sebahagian dari keseluruhan" itu, kita semua adalah "saling memerlukan" seperti angin, tanah, api, air, ruang, bulan dan matahari, tanpanya kita semua tahu akan jawapannnya. Seseorang yang Egois hidupnya penuh dengan kegelisahan. Sila ikut dan fahami mekanisme 'Ego'. Ego' akan membuat seseorang merasakan dirinya kerdil atau kecil terhadap dunia yang begitu besar. Justeru ..! Aku mesti berasa besar dan megah , mesti kaya, mesti banyak wang, dan berkuasa. Aku mesti jadi Presiden atau Perdana Menteri atau orang yang terkaya di muka bumi ini. Ego akan membuat seseorang rasa terbatas dan tiada siapa suka pada keterbatasan...Maka keinginan 'ingin menjadi' itu dan ini semakin kuat, mendesak dan membesar. Semakin membesar 'Ego' kita, maka semakin angkuh, sombong dan takburlah kita.Cuba perhatikan perkembangan dan ketololan orang-orang Egois, semakin besar 'Ego' kita, kita mula memikir...Sekarang "Aku sudah ternama, kaya" dan sebagainya. Ingat! Semakin besar 'Ego' kita, kita akan merasa semakin kecil, maka semakin bertambah-tambahlah keinginan kita, seluas lautan, seperti api yang semakin marak.Realitinya keegoan tidak memungkinkan seseorang itu menjadi besar dan ternama. Nasihat saya kepada sesiapa saja, jangan cuba mengnyahkan atau menggugurkan 'Ego', kita tidak akan mampu melakukannya...Kerana ianya adalah fiksyen dan bukannya fakta.

Jika kita cuba juga menggugurkannya kita akan hanya mencipta satu lagi fiksyen dan beranggapan bahawa kita sudah tidak lagi punya 'Ego'. Kita sudah jadi orang yang merendah diri, bermoral, rasa dan perasaan begitupun juga adalah 'Egois' dengan cara dan corak yang baru.'Ego' sifatnya sangatlah halus phenomenanya.Saudara pembaca! Kita mesti memiliki kesedaran untuk menggugurkannya. 'Ego' berasal dan berumah di dalam diri masing-masing, ingat! Ianya bukan bersifat luaran, mana mungkin kita dapat lari dari diri kita sendiri. Mekanisme tersebut adalah dari dalam diri masing-masing, jika ianya datang dari luar dari diri kita, itu mudah kita mengnyahkannya. Tetapi ia adalah dari dalam diri kita, ianya adalah 'sebahagian daripada diri kita', cara hidup kita sejak lama dan kita tidak boleh hidup tanpanya. Apa jua corak atau cara hidup kita , sifat sombong, angkuh, hasad dengki,atau takbur, sentiasa saja menemani kita macam bayang-bayang.Justeru, apa perlu kita buat? Seseorang perlu benar-benar faham akan mekanisme 'Ego', bagaimanakah fiksyen itu berfungsi dari banyak aspek dan sudut, dari abjad A hingga Z. Sebenarnya kita tidaklah perlu menggugurkan 'Ego' tersebut. Itupun kalau kita celik akal, 'Ego' tersebut akan gugur dengan sendirinya, jika kita iringi dengan sifat-sifat kasih sayang, baik dan murah hati, penyayang, bertimbangrasa dan keterbukaan serta sensitif terhadap persekitaran kemanusiaan.Saudara pembaca! Kita hanya perlu peka dengan penuh kesedaran akan mekanisme bagaimanakah 'Ego' memanipulasi diri kita, ingat! Ia cuma suatu idea yang tidak punya entiti... Cuma suatu idea, tidak lebih dari itu. Ianya serupa juga seperti seseorang yang percayakan 'hantu'. Percayakan hantu cuma suatu idea, begitu juga bagi orang yang benar-benar mengenal hakikat diri... 'Ego' padanya cuma suatu idea.

Soalan Daripada: Buminanbasah.blogspot.com
Jawapan Daripada: Empty Hand (Wordsfromoneuniverse.blogspot.com)

Sunday, October 4, 2009

ANTARA ROH DAN KEMATIAN

KEMATIAN adalah suatu yang pasti dihadapi setiap manusia sama ada dia bersedia atau tidak, maut pasti menjengah. Firman Allah yang bermaksud:


“Katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh malaikat maut yang ditugaskan buat kamu, kemudian kepada Tuhanmu kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Sajdah, ayat 11)


Saat menghadapi sakaratul maut adalah detik kritikal kepada orang yang akan dicabut nyawa. Hayat penghabisan itu bakal menentukan sama ada seseorang itu mati dalam iman atau mati sebagai seorang kufur. Sehubungan itu, panduan ajaran Islam ada menerangkan kepentingan talqin syahadah iaitu mengajar kalimah tauhid kepada orang yang berada dalam keadaan sakaratul maut. Malaikat akan datang memberitahu mengenai terputusnya kelazatan dan kenikmatan hidup dalam masa sama, iblis dan syaitan juga berkeliaran mencari peluang memalingkan hati dan menghasut serta memperdaya supaya orang itu tergelincir imannya dan seterusnya menjadi calon pengisi neraka seperti mereka dan keturunannya. Anak cucu cicit iblis ketika itu akan mengelilingi manusia dan muncul dengan menyerupai wajah orang terdahulu yang disayangi manusia tadi.

Dengan wajah manusia bertopengkan iblis itu, mereka membisikkan hasutan ke telinga supaya jangan mempercayai Allah SWT , Rasul, kitab al-Quran dan Hari Kiamat. Namun manusia yang kuat iman dan pegangan agamanya serta ketika hidup sentiasa mengekalkan solat dan puasa tidak akan mudah termakan bisikan syaitan.

Maka di sinilah pentingnya peranan kerabat terhampir pesakit mengajar dan mengulang-ulang serta membisikkan kalimah syahadah supaya tidak lekang daripada mulutnya supaya akhir kalamnya nanti dengan sebutan kalimah itu. Amalan ini digalakkan malah disunatkan dilakukan orang yang hidup ke atas orang yang berada di saat hampir kematian.

Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Talkinkanlah (ajarkanlah) orang hendak meninggal dunia dari kalangan kamu dengan perkataan La Ila Ha Ilallah.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah). Dalam satu riwayat lain daripada Huzaifah, ada sambungan hadis, “Kerana ia (talkin) boleh menghapuskan dosa terdahulu.”

Daripada Othman bin Affan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang meninggal dunia dengan penyaksian tiada tuhan melainkan Allah, maka dia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

Saidina Umar al-Khattab juga pernah menyebut yang maksudnya:
“Hendaklah kamu hadir kepada orang yang hendak meninggal dunia daripada kalangan kamu dan ingatkanlah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka melihat apa yang kamu tidak nampak, dan talkinkanlah mereka dengan kalimah tiada Tuhan melainkan Allah.”

Orang yang hadir tidak dibenarkan membaca talkin dengan suara nyaring dibimbangi berat lidah pesakit untuk menuturkannya, sebaliknya ajarkanlah kepada mereka dengan suara yang perlahan.

Menurut Imam al-Ghazali, kepentingan kalimah ini dibisikkan ke telinga pesakit supaya ia menghabiskan hayatnya dalam keadaan hatinya tiada mengingati perkara lain kecuali Allah, dan apabila tiada di dalam hatinya kecuali Tuhan Yang Esa, maka melalui kematian itu, dia akan mencapai nikmat tertinggi dalam perjalanannya menuju Allah.

Orang yang hadir juga disunatkan menasihatkan pesakit supaya bersangka baik dengan Allah yang mendatangkan kepadanya detik kematian bakal dihadapinya. Ia adalah senjata sangat ampuh untuk menangkis serangan syaitan di saat ia dalam keadaan yang kritikal itu.

Dalam satu riwayat daripada Wathilah bin al-Asqa’ menyebut:
“Talkinkan dan hadirkan kepada orang yang hendak meninggal dunia antara kamu dengan ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ serta gembirakanlah ia dengan syurga, kerana orang lelaki mahupun perempuan, di saat genting itu akan kebingungan. Demi Allah, pandangan terhadap malaikat maut saja terasa lebih hebat daripada seribu kali pukulan pedang. Demi Allah, tidak akan keluar jiwa seseorang daripada dunia hingga setiap keringatnya merasa sakit kerana bingungnya.”Hadis daripada Ma’qil ibn Yasar ada menyebut bahawa baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Bacalah surah Yasin ke atas orang-orang mati dari kalangan kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan dianggap sahih oleh Ibn Hibban)

Seperkara lagi yang penting bagi semua manusia bernyawa ialah melazimkan bacaan doa supaya mati dalam keadaan husnul khatimah dan minta dijauhkan daripada mati dalam keadaan su’ al-khatimah. Inilah yang diajar Nabi Muhammad SAW melalui doanya yang bermaksud:

“Ya Allah, sudahilah pengakhir hayat kami dengan husnul khatimah dan janganlah sudahi pengakhir hayat kami dengan su’ al-khatimah.”

Sesungguhnya pengajaran daripada al-Quran dan al-Sunnah ini adalah satu petunjuk bahawa kematian manusia bukanlah penamat kehidupan, tetapi ialah adalah satu jambatan menuju ke alam yang lebih luas dan kekal abadi.

Daripada : Suara Dari Alam
Selanjutnya : Keteguhan Benteng Takdir

Tuesday, September 29, 2009

LIFE IS A PREFECT DRAMA



Life is a drama and the drama is prefect
You are a part of light
Forget trouble and remember God
The best way out of difficulty is trough it,
Grace and beauty a gift from God
Beauty and God are together
Each day has a hidden secret
Silance givens calm to the soul.
Be kind.........
Experiance God.....you need nothing else
Flower are sweetness and beauty,
The secret of contentment in the relization
That the life is a gift.
Faith is daring tie soul to go,
Beyond what the eyes can see.
One drop of love is an ocean in the desert,
We do not remembet days, we remember moments,
You are the light to the world
Never be proud to say I'm sorry
Patiance.....
People may dout what you say,
But they will always belives what you do,
Light....the part of the darkness
Goods words are worth much but cost little,
Make the ocean of peace your constant companion.
Increace the light in your soul
We are all flowers in the garden of life
Tree is a child of the seed.
Calm.....
Love sees trough a telescope not a microscope
Thank You......two words of the divine
Hope....
Those who bring sunshine into the live of other
Cannot keep it fron that selve.
Walk the part of truth,
Count your blessing, they are many,
Laughter and joy go hand in hand
You are the seed, that decides the
horrnest around you.
Peace.......
Smile with your eyes, hearts and lips
Happiness..
When you are content to be simply yourself and
don't compare the compete,
Everybody will respect you.
Love........
We must be the change we wish...to see the world
Wisdom.....
If you argue for your limitations
You get to keep them,
Realize deeply that this present moment is all we ever have
The begining of greatness is to be little.
Relax......
Love and appreciate myself and the world around you
God can bring miracles
Take the love and power of you creator,
Open your soul to divine love
My thoughts are creating a wonderful blueprint for my life.
The river of life is deep.....flow freely
Allow tolerance to enter you life,
it is liberating and loving.
The quality of your through determines
your personal degree of happiness
The tree is the child of the SEED
Time is life, do not waste it,
Keep your life when the storm life come upon you.
Faith is beliving in unseen
nearess to God is a trough away
Honesty, contentment, Bliss, Joy
Acceptance the of the moment,
Miracle another of God gift.
Silance......
Hope the greatest of life, lightness and joy
let go and let God, Make time for joy
Prayer is talking and listening to God
To know in your heart that you are
Unique and Beautiful......
From : Silance Voice
Selanjutnya : Antara Roh Dan Kematian

Wednesday, September 9, 2009

Mengenal Hakikat Manusia

Firman Allah SWT di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami kem­ba­likan mereka kepada serendah-rendah taraf, kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, mereka men­dapat anugerah dari Tuhan tanpa putus-putus.” (At Tiin: 4-6)

Menurut ayat Al Quran di atas, Tuhan menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kejadian manusia tidak sama dengan kejadian makhluk-makhluk yang lain. Kejadian manusia sangat indah dan sangat cantik. Kecantikan dan keindahan di dalam kejadian manusia itu dapat dilihat pada dua aspek:

Aspek Lahir
Cuba kita lihat keindahan ciptaan Tuhan pada fizikal manusia, anggota yang sangat penting dan sensitif diletakkan di atas. Contohnya kepala, telinga, mulut dan mata diletakkan di bahagian atas anggota badan. Tidak seperti binatang, contohnya ular, kalau tersentuh najis, sudah tentulah mulut dan hidung yang terkena dahulu. Berbeza dengan manusia, kalau terlanggar atau tersentuh najis, kaki atau tangan manusia yang terkena dahulu. Ia tidak terus ke hidung, mulut atau mata. Begitulah indahnya ciptaan Tuhan pada diri manusia. Banyak lagi keindahan pada fizikal manusia itu kalau kita mahu mengkaji. Dari sudut yang lahir pun kita sudah dapat rasa cantiknya kejadian manusia itu.

Aspek Batin
Manusia juga mempunyai satu pakej yang sangat berperanan di dalam dirinya, iaitu akal, roh dan nafsunya. Ini bermaksud, di dalam diri manusia ada unsur malaikat, ada unsur haiwan dan ada unsur manusia.Unsur haiwan di dalam manusia ialah nafsu yang peranannya adalah berkehendak. Kalau manusia tidak ada sifat berkehendak, manusia tidak akan maju. Umpama malaikat, oleh kerana tidak ada nafsu dan tidak ada kehendak, mereka tidak membangun. Walaupun akal dan ilmu banyak tetapi sekiranya manusia itu tidak ada sifat kehendak, manusia tidak akan maju dan tidak akan berubah. Sebab itu perlu ada unsur haiwan di dalam diri manusia. Tetapi manusia juga perlu kepada unsur malaikat iaitu akal yang berperanan menerima dan memproses ilmu dan mak­lumat serta merancang. Setiap kehendak manusia mesti diran­cang.Sekiranya sifat kehendak tidak disertakan dengan ilmu dan perancangan, manusia akan melulu. Maka unsur haiwan dan unsur malaikat mesti ada bersama demi untuk kebaikan manusia. Ada satu lagi unsur yang tidak boleh diasingkan daripada kedua-dua unsur di atas, bahkan unsur ini lebih penting dan utama. Itulah dia unsur kemanusiaan iaitu roh. Roh adalah raja di dalam diri manusia. Roh yang akan mentadbir diri manusia itu sendiri. Ertinya nafsu dan akal mesti ditadbir oleh roh. Apabila manusia berkehendak dia mesti didasarkan oleh akal iaitu ilmu dan perancangan kemudian ditadbir pula oleh roh. Andai roh, akal dan nafsu berjalan seimbang, berjalan secara terdidik, kehidupan manusia akan jadi cantik. Tanpa roh, ilmu dan kehendak tidak akan berguna kerana tidak ada yang menggerakkan dan mentad­birnya dengan baik. Oleh itu, sebagai pendidik atau murabbi mesti faham hal-hal dan hakikat kejadian manusia.

PERANAN ROH, AKAL DAN NAFSU
Setiap unsur yang ada dalam diri manusia ada peranannya. Akal pe­ranannya mengkaji tentang ilmu, maklumat, menganalisa se­suatu dan disimpan dalam otak kemudian dikeluarkan. Peranan nafsu pula hanya berkehendak sahaja, sama ada kehendak yang baik atau jahat bahkan kehendaknya tidak ada batas dan tidak ber­­tepi. Sebab itu nafsu mesti dididik supaya dia hanya berkehen­dak kepada yang baik sahaja dan menolak yang sebaliknya. Nafsu kalau tidak dipimpin oleh roh, kehendaknya tidak ada batasan. Sekalipun apa yang dikehendakinya ada di puncak gunung yang tertinggi, atau ada di bawah dasar lautan yang terdalam atau di dalam hutan belantara yang tebal. Dia akan berusaha men­dapat­kannya dengan dibantu oleh akal.Roh manusia yang dikatakan raja diri itu, selain berperanan sebagai pentadbir, di dalamnya juga ada perasaan. Perasaan-perasaan di dalam roh atau hati ini sangat ajaib kerana ia sentiasa berubah-ubah dalam keadaan kita tidak boleh mengawalnya. Kehendak nafsu masih boleh dikawal dan disekat, seperti nafsu berkehendak kepada sesuatu yang merbahaya, sekiranya akal sempat berfikir, kehendak tersebut boleh disekat. Tetapi perasaan-perasaan yang datang di dalam hati tidak boleh disekat.Contohnya, kadang-kadang datang rasa gembira bila dapat apa yang kita hajatkan. Kadang-kadang datang rasa sedih, ada kalanya datang rasa marah bila melihat orang yang kita benci. Di waktu yang lain pula timbul rasa jijik atau geli bila melihat kekotoran yang ada cacing. Begitulah seterusnya perasaan-pe­rasaan lain yang sentiasa timbul silih berganti di dalam hati ma­nusia. Perasaan-perasaan tersebut datang secara spontan dan tidak ada yang sempat menyekatnya.Perasaan-perasaan itu juga boleh hidup subur dan membesar. Perasaan marah misalnya boleh subur dengan cabaran-cabaran, caci maki orang atau sebagainya. Begitu juga perasaan sabar boleh subur dengan riadhah nafsiah dan mujahadah. Begitulah seterus­nya perasaan-perasaan yang lain.Sesungguhnya akal, nafsu dan roh yang tidak terdidik menjadi­kan manusia itu lebih teruk dan lebih sesat keadaannya daripada binatang, sebagaimana yang Tuhan sifatkan di dalam Al Quran:


Maksudnya: “Mereka itu seperti binatang, bahkan mereka lebih sesat daripada binatang.” (Al A’raf: 179)


Binatang, walaupun kehendaknya tidak terbatas, tetapi kehen­daknya tidak dibantu oleh akal. Sebab itu binatang tidak pandai merancang kejahatan. Harimau contohnya, tidak pernah dan tidak pandai berfikir atau merancang strategi membunuh mangsa. Apa yang berlaku, harimau menerkam mangsa apabila terserempak, bukan hasil perancangan, dendam atau sebagainya. Kerana itu binatang walaupun kehendaknya tiada batasan, ia tidak begitu bahaya, sebab ia tidak pandai berfikir dan merancang.Manakala manusia yang kehendak nafsunya juga tidak bertepi, apabila perasaan marah meluap-luap, akan timbul perasaan den­dam. Ketika itu akal yang tidak terdidik akan turut terpengaruh dengan kehendak nafsu, lalu membantu nafsu merancang dan menyusun strategi untuk membalas dendam. Pada waktu yang sama roh yang peranannya sebagai raja diri, oleh kerana tidak ter­didik, sanggup mengikut telunjuk nafsu dan akal lalu menga­rahkan seluruh anggota melakukan kehendak mereka. Akhirnya rosaklah manusia dan seterusnya dunia hancur dan ranap akibat perbuatan jahat manusia sendiri. Firman Allah dalam Al Quran:


Maksudnya: “Telah lahir kerosakan di daratan dan laut­an, hasil perbuatan tangan manusia sendiri.” (Ar Rum: 41)


Inilah realiti yang berlaku di dunia, bila manusia tidak terdidik, peranan binatang akan menjadi kuat dengan bantuan akal. Keadaan ini sangat bahaya kepada manusia.Sekiranya ketiga-tiga unsur tersebut dididik dan dibentuk ke arah kebaikan, kehendak-kehendak nafsu yang baik didorong, perasaan-perasaan yang timbul pula didisiplinkan dengan akal yang telah terdidik, hati yang menjadi raja diri disuburkan dengan keimanan, ditanam rasa hamba dan rasa bertuhan, nanti akan terjadilah satu tamadun yang sangat selamat dan menyelamatkan. Ertinya tamadun yang sangat memberi manfaat kepada manusia di dunia bahkan di Akhirat mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Golongan manusia seperti ini Tuhan sudah menjanji­kan pada mereka ganjaran yang tiada batasnya.

Keajaiban Hati
Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:
1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun.

2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan me­mimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malai­kat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati.

3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan di­­asuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa di­gilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar ber­sih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW:
Maksudnya: “Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka me­lihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)

4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dari Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula di­namakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal.

Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.

Kategori Hati
Peringkat-peringkat hati atau roh boleh dibahagikan kepada empat kategori:
1. Hati yang sangat bercahaya dan bersinar. Inilah hati atau roh para rasul dan nabi termasuk juga wali-wali Allah. Mereka ini bertaraf nafsu mutmainnah dan ke atas. Peringkat sinaran atau kilauan cahaya di antara mereka tidak sama mengikut peringkat masing-masing.
2. Hati yang cerah tetapi tidak berkilau. Inilah hati orang-orang soleh yang nafsunya bertaraf mulhamah.
3. Hati yang kabur ibarat cermin kabur yang tidak digilap. Ini adalah hati orang fasik atau zalim.
4. Hati yang gelap hitam. Inilah hati orang-orang kafir dan munafik.

Punca Hati Terhijab
Sebab-sebab hati menjadi hitam dan terhijab, antaranya:

1. Kerana dosa-dosa lahir, seperti makan makanan yang haram atau syubhat, melihat dan mendengar perkara-perkara yang diharamkan.

2. Nafsu yang tidak terdidik, penuh dengan mazmumah, seperti pemarah, hasad dengki, tamak dan lain-lain.

3. Setiap dosa-dosa yang dilakukan akan membentuk bintik-bintik hitam pada hati yang merupakan hijab. Inilah yang Allah gambarkan di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Sebenarnya apa yang selalu mereka kerjakan itu (menjadi titik-titik hitam) yang menutup hati-hati mereka.” (Al Muthaffifin: 14)

Bintik-bintik hitam itu akan mula membentuk di dalam hati sejak mula baligh. Cuba gambarkan kalau sudah 30 tahun bintik-bintik hitam itu bertapak di hati kita. Ia sudah menebal dan susah untuk dikikis bersih. Kerana itu penjagaan terhadap kesucian hati perlu dibuat dari awal kelahiran lagi. Anak-anak mesti dijaga dan diasuh dari kecil lagi supaya hati mereka benar-benar bersih dan terjaga. Apabila dewasa nanti hatinya hanya perlu digilap sahaja. Bagi orang yang tidak menjaga hatinya dari kecil lagi, dan dia mula mendapat kesedaran untuk membersihkan hati sewaktu umur dewasa, dia terpaksa menempuh masa yang agak lama dalam operasi membersihkan hati. Ini kerana dia terpaksa menempuh dua tahap iaitu:

a. Dia mesti mengikis dan membersihkan hatinya dari bintik-bintik hitam atau kotoran dosa. Ini bukan suatu kerja yang mudah dan ia mesti melalui proses yang agak panjang.
a. Setelah mengikis dan membersihkan hati dari bintik-bintik hitam tersebut (dosa), hati mesti sentiasa digilap sehingga bersih bersinar.

Mereka kena berhempas pulas untuk dapat membersihkan hati. Sekiranya mereka mati sebelum berjaya hatinya dibersihkan, terserah kepada Allah SWT sama ada hendak diampunkan atau diazab, seperti firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dia yang mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengazab siapa yang dikehendaki­Nya.” (Al Baqarah: 284)

Semoga atas dasar usaha yang sedang dilakukan dalam melak­sanakan niat baiknya untuk membaiki hatinya, ada nilaian dan pandangan serta pengampunan Allah SWT kepadanya. Sebagai kesimpulan, para pemimpin dan murabbi yang terlibat di dalam mendidik manusia mesti memahami sungguh-sungguh tentang unsur-unsur yang ada di dalam diri manusia, supaya kaedah dan perlaksanaan yang dibawa di dalam pendidikan nanti tepat dan betul dengan cara yang Tuhan kehendaki. Sehingga manusia-manusia yang dididik itu benar-benar menjadi orang yang bertaqwa. Ertinya, dia dapat memainkan peranannya dengan sebaik-baiknya sebagai hamba Allah dan juga dapat bekerja sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ini, sesuai dengan hasrat dan perintah Tuhan. Sehingga lahirlah hasil dari tangan-tangan mereka ini, manusia yang sangat berkasih sayang, bertolong bantu dan bertimbang rasa. Seterusnya akan lahirlah masyarakat yang aman damai dan mendapat keampunan Allah, sebagaimana yang Tuhan gambarkan melalui firman-Nya:

Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan men­dapat keampunan Tuhan.” (Saba’: 15)
Drp : Siulan Angin
Selanjutnya : Poem : Life Is a Prefect Drama

Wednesday, September 2, 2009

Rasulullah Menangis Di Mashyar












Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:


“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.” Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”


Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”


Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”


Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”


Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.


Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.


Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.


Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.


Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”


Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”


Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”


Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”


Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.



Daripada : Bisikan Pasir

Selanjutnya : Mengenal Hakikat Manusia

Monday, August 31, 2009

BUMI NAN BASAH

BUMI NAN BASAH

AIRMATA RASULULLAH SAW





Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu... 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..... 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku ya Allah.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Dari : Suara Dari Laut
Selanjutnya : Rasulallah SAW Menangis Di Mashyar