Tuesday, October 13, 2009

EGOIS














Soalan ;

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat dibawah
a. Ego
b. Hasad
c. Riak
d. Takabur
e. Sombong
f. Dengki
2. Apakah punca-punca terhijabnya hati kita dengan sifat-sifat di atas?
3. Apakah hakikat disebalik sifat-sifat di atas?

Jawapan;
Keenam-enam sifat seperti ego, hasad,riak, takbur, sombong dan dengki adalah merupakan musuh dalaman setiap individu yang sangat subjektif. Walaupun setiap sukukata di atas punya ciri-cirinya tersendiri, namun semuanya terhimpun di dalam sukukata 'Ego'. Kerana makna 'Ego' adalah 'Diri'...'Diri Sendiri'. Keenam-enam sifat negatif yang tersebut di atas adalah merupakan 'anai-anai' yang telah lama bersarang di dalam hati dan jiwa semua manusia yang telah sejak lama meruntuhkan pelbagai institusi, sama ada di dalam tempat ibadah, politik, agama, atau apa sahaja organisasi.Mari kta menyingkap punca dan hijab serta memahami hakikat di sebalik siat-sifat di atas yang semuanya ada di sebalik 'Ego' diri masing-masing yang menjadi penyebab semua manusia sejak lama tersungkur dan terbelenggu hingga ke detik ini.Apakah yang dikatakan 'Ego'? 'Ego' adalah 'Diri'...'Diri' yang tidak punya kesedaran akan hakikat yang 'Maha Berkuasa'.Justeru 'Ego' adalah merupakan asas kepada semua permasalahan yang perlu dihadapi oleh setiap orang. Ciri-ciri dan sifat 'Ego' mesti difahami secara mendalam dan betul, jika tidak, tiada siapa yang akan mampu mengnyahkannya dengan begitu mudah dan tiada siapa yang akan dapat menolong kita kerana semua orang ada sifat-sifat begitu. 'Ego' masing-masinglah yang berlagak sebagai rintangan antara kita dan hakikat diri dalaman masing-masing.Muslihat 'Ego' adalah sangat halus, tetapi ianya bukannya fakta, malah fiksyen atau hipnosis sejak beribu-ribu tahun manusia dilanda ketegangan, kekacauan dan kebingunan. 'Ego' adalah merupakan idea bahawa 'Akulah' yang di dalamnyalah bersarang kata-kata seperti hasad, dengki, dan banyak lagi kata-kata yang tidak mampu disebut.Di tengah-tengah dunia 'Akulah' keegoan itu berdirinya segala 'kepentingan diri', bagaikan sebuah pulau di tengah-tengah lautan yang jauh dari daratan. Ingat! Hidup ini saling bergantung, bukannya untuk kepentingan diri sendiri seperti setitis minyak di dalam air.Ingat! Kita semua adalah "sebahagian dari keseluruhan" itu, kita semua adalah "saling memerlukan" seperti angin, tanah, api, air, ruang, bulan dan matahari, tanpanya kita semua tahu akan jawapannnya. Seseorang yang Egois hidupnya penuh dengan kegelisahan. Sila ikut dan fahami mekanisme 'Ego'. Ego' akan membuat seseorang merasakan dirinya kerdil atau kecil terhadap dunia yang begitu besar. Justeru ..! Aku mesti berasa besar dan megah , mesti kaya, mesti banyak wang, dan berkuasa. Aku mesti jadi Presiden atau Perdana Menteri atau orang yang terkaya di muka bumi ini. Ego akan membuat seseorang rasa terbatas dan tiada siapa suka pada keterbatasan...Maka keinginan 'ingin menjadi' itu dan ini semakin kuat, mendesak dan membesar. Semakin membesar 'Ego' kita, maka semakin angkuh, sombong dan takburlah kita.Cuba perhatikan perkembangan dan ketololan orang-orang Egois, semakin besar 'Ego' kita, kita mula memikir...Sekarang "Aku sudah ternama, kaya" dan sebagainya. Ingat! Semakin besar 'Ego' kita, kita akan merasa semakin kecil, maka semakin bertambah-tambahlah keinginan kita, seluas lautan, seperti api yang semakin marak.Realitinya keegoan tidak memungkinkan seseorang itu menjadi besar dan ternama. Nasihat saya kepada sesiapa saja, jangan cuba mengnyahkan atau menggugurkan 'Ego', kita tidak akan mampu melakukannya...Kerana ianya adalah fiksyen dan bukannya fakta.

Jika kita cuba juga menggugurkannya kita akan hanya mencipta satu lagi fiksyen dan beranggapan bahawa kita sudah tidak lagi punya 'Ego'. Kita sudah jadi orang yang merendah diri, bermoral, rasa dan perasaan begitupun juga adalah 'Egois' dengan cara dan corak yang baru.'Ego' sifatnya sangatlah halus phenomenanya.Saudara pembaca! Kita mesti memiliki kesedaran untuk menggugurkannya. 'Ego' berasal dan berumah di dalam diri masing-masing, ingat! Ianya bukan bersifat luaran, mana mungkin kita dapat lari dari diri kita sendiri. Mekanisme tersebut adalah dari dalam diri masing-masing, jika ianya datang dari luar dari diri kita, itu mudah kita mengnyahkannya. Tetapi ia adalah dari dalam diri kita, ianya adalah 'sebahagian daripada diri kita', cara hidup kita sejak lama dan kita tidak boleh hidup tanpanya. Apa jua corak atau cara hidup kita , sifat sombong, angkuh, hasad dengki,atau takbur, sentiasa saja menemani kita macam bayang-bayang.Justeru, apa perlu kita buat? Seseorang perlu benar-benar faham akan mekanisme 'Ego', bagaimanakah fiksyen itu berfungsi dari banyak aspek dan sudut, dari abjad A hingga Z. Sebenarnya kita tidaklah perlu menggugurkan 'Ego' tersebut. Itupun kalau kita celik akal, 'Ego' tersebut akan gugur dengan sendirinya, jika kita iringi dengan sifat-sifat kasih sayang, baik dan murah hati, penyayang, bertimbangrasa dan keterbukaan serta sensitif terhadap persekitaran kemanusiaan.Saudara pembaca! Kita hanya perlu peka dengan penuh kesedaran akan mekanisme bagaimanakah 'Ego' memanipulasi diri kita, ingat! Ia cuma suatu idea yang tidak punya entiti... Cuma suatu idea, tidak lebih dari itu. Ianya serupa juga seperti seseorang yang percayakan 'hantu'. Percayakan hantu cuma suatu idea, begitu juga bagi orang yang benar-benar mengenal hakikat diri... 'Ego' padanya cuma suatu idea.

Soalan Daripada: Buminanbasah.blogspot.com
Jawapan Daripada: Empty Hand (Wordsfromoneuniverse.blogspot.com)

No comments: