
Bumi Nan Basah said...
Isu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kristian yg telah dibenarkan penggunaan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur, telah mewujudkan sentimen agama yg boleh mewujudkan perasaan tidak puas hati dikalangan org-org Melayu Islam di negara ini.
Soalan:
1. Mengapakah penggunaan kalimah ALLAH ini ditentang penggunaanya oleh org-org bukan islam dan hanyalah layak digunakan org-org islam sahaja?
2. Adakah perkataan "ALLAH" itu lebih rendah nilainya daripada Perlembagaan Negara, atau Perlembagaan Negara lebih tinggi daripada perkataan "Allah"? Dan adakah perkataan "Allah" mesti dibicarakan di mahkamah?
3. Mengapakan org-org islam menjadi begitu sensitif dalam isu ini sekiranya kaum lain menggunakan kalimah ini? dan dalam masa yg sama tidak mendaulatkan kebenar Al-Quran dalam kehidupan itu sendiri.
4. Kalimah Allah boleh dikatakan terdapat disemua rumah-rumah org islam, masjid-masjid dan sebagainya seolah-olah kalimah itu hanyalah sekadar hiasan semata-mata, tetapi mengapakah Allah itu sendiri tidak dijadikan sandaran pada kita org-org islam untuk kita mencari keredhaNya?
5. Apakah implikasi penggunaan Kalimah Allah ini terhadap org-org islam sekiranya ia digunakan oleh org-org bukan islam.
Jawapan :
Jawapan soalan 1:
Bagi soalan pertama tuan, soal penentangan menggunakan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam, adalah tidak timbul. Kecuaian , kelalaian bagi orang-orang yang menganggap perkataan "Allah" sebagai 'hiasan' dan 'simbol' selama ini, patut menyedari dan menyemak diri sendiri, sedalam manakah 'ilmu tauhid' yang kita pelajari, bahawa: - "Huruf bukanlah bendanya". (The words is not the thing). Ilmu tauhid menuntut kita mempunyai "kuasa perbandingan" yang kuat dan tahu membezakan mana yang 'subjektif' dan 'objektif' - yang 'tersirat' dan 'tersurat'. Semua orang Islam tidak menyembah yang tersurat, seperti kita dilarang menyembah Ka'bah, walaupun kita disuruh menghadap Ka'bah yang dianggap "Rumah Allah". Tetapi Allah berfirman:
"Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini (Ka'bah). Quraisy, ayat 3.
Ka'bah itulah 'tersurat' - yang ampunya Ka'bah itulah 'tersirat'.
Setulen manakah pula orang-orang yang menentang kalimah Allah agar "kalimah Allah" jangan digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam, adalah sangat meragukan. Kalau sekadar Islam pada "nama dan simbol", belum pasti Allah akan menyebelahi orang-orang seumpama itu, sedangkan suruhan dan tegahanNya tidak diendahkan.
Kalau tidak, mengapakah ada ayat seperti di bawah, berbunyi:
"Islam 'indannas, kafir 'indallah" -
Orang-orang Islam kebanyakan mereka adalah "Islam di sisi masyarakat, tetapi 'kafir' di sisi Allah".
Kalau benarlah kita Islam tulen, pengukuhan 'akidah dan pegangan, serta tidak mudah dipolitikkan, semuanya itu tidak akan berlaku.
Maka secara kolektifnya, marilah kita sama-sama menunggu natijahnya.
Jawapan Soalan 2:
Soalan kedua tuan; Adakah perkataan 'Allah' lebih rendah nilainya daripada Perlembagaan Negara, atau Perlembagaan Negara lebih tinggi nilainya daripada perkataan Allah? Dan adakah perkataan Allah mesti dibicarakan di mahkamah?
Saudaraku Bumi Nan Basah;
"Segala puji bagi Allah - Tuhan pentadbir alam".
Pastinya tiada apa yang boleh menandingi Allah. Kerana Dialah pencipta sekalian alam dengan segala peraturannya. Maka kita manusia dijadikan berbilang bangsa dan bahasa. Kalau kita orang arif, maka orang arif sajalah yang tahu bahawa sebutan "Allah" itulah untuk orang Islam, dan Kristian dengan sebutan "God" atau "Lord".
Tidak pula dilarang, sesiapa saja boleh belajar menyebut apa bahasa pun - Kristian boleh menyebut "Allah", dan Islam boleh menyebut "God" atau "Lord". Hanya sekadar menyebut; Ambil perhatian, burung kakak tua pun pandai menyebut "Allah". Justeru, jangan dijadikan pertelingkahan dan menggugat kesejahteraan. Soal mana lebih tinggi, perkataan "Allah" atau Perlembagaan Negara, anda halusilah surah di atas.
Mengenai perkataan "Allah" yang dibicarakan di mahkamah, sebenarnya kita semua tidak serius dalam soal beragama; Tengok saja dari segi kemungkaran, ketidakadilan, rasuah, tidak sehaluan dalam siasah Islam. Sedangkan bila sembahyang menghadap "Satu Kiblat", menyebut nama "Allah" yang satu, dan "tidak setujuan". Maka Allah menjadi senda gurau.
Ingat! Kalau 'Allah" itu subjektif, jangan kita risaukan, teruskan ibadah seperti biasa, tiada siapa yang akan menang dan kalah.
Kalau kita ingat huruf "Allah" itu adalah "ALLAH", boleh diheret ke mahkamah. Maka seluruh dunia Islam patut bersatu dan mempastikan huruf "Allah" itu tidak terpaku di dinding-dinding gereja.
Saya menganggap, penyebab kepada semuanya itu adalah kerana kita memang tidak pernah mengamal seruan nabi besar Muhammad s.a.w agar kita semua mempunyai sifat-sifat:
"Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fatonah".
Jawapan Soalan 3:
Soalan saudara, Mengapakah orang-orang Islam menjadi begitu sensitif dalam isu ini, kalau orang lain menggunakan kalimah Allah, dan dalam masa yang sama tidak mendaulat kebenaran Al-Quran dalam kehidupannya sendiri?
Sebenarnya mereka bukan orang Islam sejati. Kalau saudara kata mereka orang yang sensitif, mengapakah kalimah-kalimah suci itu seperti kalimah "Allah" dan "Muhammad" serta ayat-ayat suci yang lain-lainnya dijual bagaikan barang dagangan dihias dengan 'frame' yang begitu indah dan dijual oleh bangsa asing - Adakah kalimah "Allah" itu barang dagangan? Kalau kita perlu sensitif, jangan membuta tuli, kalau kita perlu khuatir dan takut terkeliru, mari saya gambarkan begini:
"Islam menggunakan "Allah" dari dahulu sampai sekarang, maka sepatutnya orang lain boleh guna Allah dengan satu syarat, berimanlah kepada Allah, memeluk agama Islam, maka tidak ada masalah.
Selagi mereka tidak memeluk Islam, mereka ada Tuhan mereka. Kena hormati semua hak, tidak mencerca agama lain. Janganlah guna nama "Allah" sewenang-wenangnya dalam penerbitan buku, sebagaimana yang dipersoalkan dalam penerbitan oleh gereja Katolik. Satu perkara pokok yang hendak dipersoalkan tentulah agama Kristian, ini yang kita sudah faham sejak zaman Al-Masih (kurun ke-6), sebelum lahirnya Muhammad s.a.w, mereka sudah menggunakan "GOD" sebelumnya.
Sekarang timbul masalah kenapa mereka hendak ubah kepada "ALLAH", mesti ada sesuatu yang 'tersurat' dan 'tersirat'.
Meskipun saya bukan peramal, justeru petanda-petanda yang kecoh sekarang ini, boleh kita katakan "ada niat". Kalau ada niat, ada soalan pastinya.
Niat itu baikkah? Niat baikkah kepada Islam? Atau niat tidak baik. Kalau niat itu adalah niat baik, saya katakan; "Jangan gunakan, sebab tidak memberi kebaikan kepada Islam, baik jangka pendek dan paling teruk kesannya pada jangka panjang".
Ada kaedah dalam Islam yang mereka kena hormati. "Sesuatu yang mendatangkan keburukan kepada agama". Kalau pun gereja tersebut mengatakan mempunyai niat baik, saya sebagai orang Islam, saya meminta jangan teruskan; Sebab ia tidak baik bagi kebanyakan orang Islam.
Kita semua hidup dalam sebuah negara yang aman dan harmoni, mengapa kita mesti menempah sesuatu yang mendatangkan sengketa dan malapetaka. Ummat Islam memang perlu bersabar, tetapi perlu mengambil langkah-langkah selamat, untuk menyelamatkan agama suci ini, yang memberi satu impak kepada kita dengan menyatakan peranan masing-masing.
Pada pandangan saya sendiri, demi kebaikan ummah ini, janganlah perkara sensitif seperti ini dijadikan bahan untuk diketengahkan, lebih-lebih lagi kita gunakan mahkamah sivil.
Jawapan Soalan ke 4:
Soalan saudara; Kalimah-kalimah suci boleh dikatakan terdapat di semua rumah orang-orang Islam, masjid-masjid, hanya ia sekadar hiasan, tetapi dalam masa yang sama, kita tidak mendaulatkan kebenaran Al-Quran. Allah itu sendiri tidak dijadikan sandaran untuk memperkukuhkan akidah dan mencari keredaanNya?
Di mana-mana jua, rumah orang yang mengakui dirinya Islam, pasti di dinding-dinding rumah atau dipintu masuk rumah atau masjid, pasti terukir atau terpaku hiasan ayat-ayat suci seperti huruf "Allah", "Muhammad" s.a.w, ayat kursi, ayat empat 'KUL', atau sebagainya. Itulah yang saya maksudkan, sama ada kita faham bahawa "ALLAH" yang kita sebut itu 'subjek' atau 'objek'- Ayat-ayat suci mesti ada 'subjeknya' yang 'menyinar' dan 'memancar' di hati sanubari, bukannya yang digantung di dinding-dinding masjid atau rumah.
Yang 'subjek' itulah 'yang hidup' - Yang 'objek' itulah yang 'kaku' dan 'mati'. Maka kita boleh lihat kelumpuhan dan ketandusan fahaman tentang intipati sesuatu perkara.
Perhatikan orangnya, sama ada ia berjiran, di rumah atau di gerai-gerai perniagaan pun terdapat ayat-ayat suci dijadikan 'pelaris'- tetapi orang-orangnya tidak pernah hendak bersatu hati, sentiasa mengamalkan berhasad dengki, memfitnah. Ayat-ayat suci hanya sebagai 'simbol'. Kita seperti 'orang buta' dan mempelajari agama pun daripada orang buta. Kita tidak mahu mengambil iktibar dari 'cahaya' yang berada di rumah masing-masing, sebaik-baik saja kita memetik suis, cahaya di rumah kita akan menerangi ruang rumah, malah keluar rumah, bercantum dengan cahaya di rumah jiran, dan cahaya di tepi-tepi jalan raya.
Justeru, kita lihat majoriti di antara kita, lebih taksub kepada ayat, daripada memahami 'erti tersirat' di sebalik perintah, saranan, tegahan, dan lebih kepada mementingkan diri. Justeru, bagaimanakah kita hendak memahami erti "mencari keredaan Illahi?".
Jawapan Soalan ke 5:
Implikasi penggunaan Kalimah "ALLAH" terhadap orang-orang Islam seluruhnya, jika Kalimah "ALLAH" digunakan oleh orang-orang bukan Islam?
Melihat kembali rancangan "Kristianisasi" penjajah. Apabila Portugis meneroka ke seluruh dunia hinggalah sampai ke Nusantara, slogan mereka ialah "3G" - 'Gold', 'Gospel' and 'Glory', Injil dan Kuasa. Mereka sampai ke Melaka untuk mendapatkan harta melalui perdagangan secara penaklukan dan monopoli. Dalam pada itu, mereka mahu menyebarkan agama Kristian.
Kebelakangan ini, jika nama "ALLAH" digunakan untuk agama lain, maka '3T' - yang terkenal sekarang, iaitu - "The Father", "The Son", and "The Holly Ghost". Lain yang saya sebut tadi, kalau guna perkataan "GOD" bukan "ALLAH", kerana itulah saya menyebut bahawa ada baiknya hal sebegini diputuskan dengan kebijaksanaan kita.
Sama ada kita sebagai ummat yang beragama Islam, berakhlak dan bermoral atau kita yang bernama 'kerajaan' atau bernama 'raja-raja' dan menjadi 'hak tuanku-tuanku Yang Maha Mulia Raja-Raja', sebagai Ketua Agama, perlu melihat perkara ini secara serius dan perlu cepat bertindak dengan membuat keputusan yang jelas dan nyata berdasarkan kepada fakta-fakta yang ada.
Islam menggunakan "ALLAH" dari dahulu sampai sekarang, maka sepatutnya orang lain boleh guna "ALLAH" dari dahulu sampai sekarang, maka sepatutnya orang lain boleh guna "ALLAH" dengan satu syarat: "Berimanlah kepada ALLAH". Memeluk agama Islam tidak ada masalah.
Selagi mereka tidak Islam, mereka ada Tuhan mereka. "ALLAH" yang kita fahami ini, tertera sifat rasminya dalam satu surah: Iaitu surah Al-Ikhlas, surah ke 112, yang menyebut sifat rasmi "Allah", antaranya:
"Katakanlah wahai Muhammad, katakanlah wahai ummat Islam, dan sesiapa sahaja... "Dia adalah ALLAH yang ESA ('banchmark'nya adalah "Allah" yang tunggal dan Esa). Allah yang kesemua makhluk beriman dan meminta tolong selain Allah Ta'ala, Allah dalam Islam, Allah yang tidak ada anak, Allah yang tiada bapa, (tidak diperanakkan) dan Allah tidak ada sebarang sekutu baginya dan tidak ada satu pun yang boleh dibandingkan atau disamakan".
Tiba-tiba kita hendak dibenarkan kepada orang bukan Islam iaitu Kristian. Pada peringkat awal, mungkin pada penerbitan, apabila perkara ini lulus, maka mungkin "ALLAH TA'ALA" ini akan diletakkan di dalam gereja-gereja Kristian. Ingat!
Mungkin atasnya nama Allah dan di bawahnya gambar Isa, yang disalib atau diangkat.
"Isa" sendiri sebagai "anak Tuhan", atau diletakkan Allah di atas kayu salib atau Allah di dalam salib dan digantungkan atau dikalungkan ke leher
Soalan dari: Buminanbasah
Jawapan dari : wordsfromoneuniverse


No comments:
Post a Comment